fbpx

Askar lari ke Korea Utara dibawa pulang ke Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menonton siaran berita mengenai King di Seoul, Korea Selatan pada 16 Ogos lalu. – AFP

WASHINGTON –  Seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang ditahan Pyongyang selepas memasuki  Korea Utara secara haram akhirnya diterbangkan ke sebuah pusat tahanan di Texas, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller berkata,  pengusiran Prebet Travis King dari Pyongyang dilakukan dengan bantuan kerajaan Sweden dan China.

“Kami menghargai dedikasi pasukan antara agensi yang berusaha tanpa jemu berhubung keprihatinan mereka terhadap keadaan King.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Sweden  dan Republik Rakyat China atas peranan diplomatik dan  bantuan yang diberikan,” kata Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan pula.

Awal kelmarin, media rasmi KCNA melaporkan bahawa Korea Utara memutuskan untuk mengusir King selepas askar berkenaan memasuki wilayahnya secara haram semasa menyertai lawatan ke Kawasan Keselamatan Bersama (JSA) di sempadan Korea Utara-Korea Selatan.

Tambah laporan sama, siasatan terhadap King juga telah selesai dengan dia mengaku  sengaja menceroboh wilayah Korea Utara kerana kecewa terhadap layanan buruk serta diskriminasi perkauman dalam tentera AS.

Tambah Miller, sejurus tiba di AS, King dibawa ke Pusat Perubatan Tentera Brooke di San Antonio, Texas.

Tidak dijelaskan sama ada dia berdepan tindakan disiplin, namun seorang pegawai berkata, fokus dalam beberapa minggu akan datang adalah berkaitan kesihatan King. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI