fbpx

Arul kurang gembira biarpun berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (kiri) kurang gembira dengan konsentrasi dan teknikal para pemainnya ketika menang 9-2 ke atas Indonesia pada aksi Kumpulan B Sukan Asia Hangzhou hari ini. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak kemenangan kepada tiga perlawanan berturut-turut selepas membelasah Indonesia 9-2 pada aksi Kumpulan B Sukan Asia Hangzhou di Gongshu Canal Sports Park Stadium hari ini.

Begitupun, ketua jurulatih Speedy Tigers, A. Arul Selvaraj masih belum gembira kerana anak-anak buahnya mensia-siakan banyak peluang pukulan sudut penalti selain bolos dua gol kepada pihak lawan.

“Saya tidak berpuas hati dari segi konsentrasi, teknikal dan membenarkan Indonesia menjaringkan dua gol. Saya tidak gembira dan saya akan cari jalan penyelesaiannya.

“Saya rasa ramai antara kalangan pemain tidak berfikir dengan pantas dan leka dari sudut persiapan mental. Saya tidak bimbang mengenai perkara ini tetapi itulah sikap pemain yang akan saya betulkan,” katanya.

ARUL (tengah) berjaya memastikan skuad negara merekodkan kemenangan ketiga di pentas Sukan Asia Hangzhou. – FARIZ RUSADIO

Tonggak pertahanan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan meledak dua gol diikuti masing-masing satu daripada Mohamad Ashran Hamsani, Muhamad Firhan Ashari, Faizal Saari dan Shello Silverius menjadikan kedudukan 6-0 buat Malaysia.

Speedy Tigers, No.10 dunia, menambah tiga lagi gol menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Razie Abd. Rahim dan Muhammad Aminuddin Mohd. Zain.

Indonesia yang dibimbing bekas pengendali skuad kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, meraih dua gol hasil jaringan Ahdan Asasi dan Aulia Al Ardh.

Sabtu ini, skuad negara akan meneruskan aksi keempat Kumpulan B bertemu lawan sebenar, Korea Selatan sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang China pada Isnin ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI