fbpx

1,220 mangsa banjir di Kedah, dua PPS dibuka di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan operasi memindahkan mangsa banjir berdekatan Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Khairiah, Baling malam tadi.

BALING – Jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan seramai 1,220 orang daripada 372 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.

Terbaharu, dua pps dibuka di daerah Baling iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dibuka pada malam tadi.

Selain itu, sebuah lagi PPS yang dibuka pada malam tadi adalah PPS SMK Kepala Batas di daerah Kota Setar.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, kejadian banjir melanda Kupang pada malam tadi menyebabkan seramai 103 orang ditempatkan di SK Iboi.

“Seramai 141 lagi mangsa dipindahkan ke SMK Jerai,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, banjir kini melanda empat daerah di negeri ini iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI