fbpx

Tiga pemungut hutang Along dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Azman (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar kejayaan tangkapan tersebut.

SIBU – Tiga pemungut hutang pinjaman wang tanpa lesen (Along) di sini ditahan semasa mengugut dan melakukan khianat dengan menyimbah cat ke kediaman peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman berkata ketiga-tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Sibu dan anggota Balai Polis Lanang semasa menjalankan rondaan di Lorong Lada 3, Jalan Lada di sini kira-kira pukul 8.50 pagi, 22 September lalu.

Katanya pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Wira yang digunakan suspek kemudian menjumpai dua botol berisi cat berwarna merah dan satu rantai pengunci yang diletakkan di hadapan penumpang hadapan.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek mengaku bekerja sebagai pemungut hutang Along daripada seorang lelaki dikenali sebagai Akmal, dengan upah RM300 bagi setiap satu tugas yang dijalankan.

“Modus operandi mereka adalah menjalankan kerja menghantar nota ugutan dan simbah cat ke alamat peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat melalui Facebook,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, hari ini.

Justeru, beliau berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes ugutan jenayah dan khianat di sekitar daerah Sibu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI