fbpx

‘Menteri itu boleh ‘mai’ Langkawi pakai seluar pendek sebab bukan Islam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kononnya terdapat larangan terhadap pelancong bukan Islam untuk memakai seluar pendek serta mengambil minuman keras di Langkawi.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau tidak faham mengapa isu itu perlu dibangkitkan oleh Tiong sedangkan portfolio dipegangnya memerlukan beliau untuk melonjakkan lagi industri pelancongan termasuk di pulau legenda tersebut.

Sehubungan itu katanya, King Sing dipelawa untuk hadir ke Langkawi dengan memakai seluar pendek, bagi melihat sendiri keadaan di destinasi pelancongan popular tersebut.

“Tak tahulah kenapa isu ini dibangkitkan, mungkin ada orang ‘cucuk’ beliau agaknya. Saya bukan nak gaduh dengan menteri tetapi beliau seharusnya datang tengok sendiri dan bukannya dengar cakap orang lain semata-mata.

“Menteri itu boleh ‘mai’ Langkawi pakai seluar pendek sebab beliau bukan Islam dan tak ada siapa melarang pun. Sesiapa pun kalau agama mereka benarkan, pakailah tetapi tak bolehlah pakai sesuatu yang mencolok mata atau berbogel di pantai kerana itu tak sesuai dengan budaya kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini memetik kenyataan King Sing berhubung perkara itu di Parlimen yang mendakwa, terdapat dalam kalangan pelancong mengadu kepada kementerian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan tertentu di Langkawi.

Menurut laporan akhbar berkenaan, King Sing dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa beberapa pegawai kerajaan dikatakan mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI