fbpx

Suspek lalok rompak bawa tangga dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY (tengah) menunjukkan barang bukti yang dirampas dari suspek lalok rompak bawa tangga di IPD Segamat, Segamat hari ini

SEGAMAT – Polis Daerah Segamat berjaya menahan suspek yang lalok merompak bersenjata kurang 24 jam di sebuah rumah berhampiran Kampung Baru, Jementah semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, seorang wanita warga Indonesia berusia 46 tahun membuat laporan polis mengenai beg tangannya dilarikan seorang lelaki.

“Hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Segamat dan anggota Balai Polis Jementah bertindak menyerbu ke sebuah rumah di Kampung Baru Jementah.

“Suspek seorang lelaki berusia 24 tahun berjaya di tahan dan suspek turut berada dalam keadaan khayal disyaki di bawah pengaruh dadah. Suspek ditahan pada pukul 3.55 petang semalam yang disyaki terbabit dengan kejadian itu.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menemui semula barang beg tangan milik mangsa yang mengandungi RM30 dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tersebut,”katanya dalam sidang akhbar di IPD Segamat, hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, siasatan lanjut mendapati suspek memasuki rumah wanita tersebut melalui atap rumah yang dipecah masuk menggunakan tangga yang dibawanya dalam kejadian awal pagi.

“Rumah mangsa juga dipercayai telah diintai beberapa jam sebelumnya menjadi lokasi sasaran sebelum melakukan jenayah rompak bersenjata. Berpandukan maklumat, kita kemudian menahan suspek tidak sampai 24 jam,”ujarnya-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI