fbpx

Solari tidak sabar bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI (kanan) mengingatkan skuad Harimau Selatan untuk mempamerkan komitmen tinggi dan tidak memandang rendah keupayaan PDRM di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari sudah tidak sabar untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara Liga Super buat Kali ke-10 berturut-turut apabila melayan kunjungan PDRM di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Solari memberitahu, skuad Harimau Selatan hanya perlu mengutip satu mata sahaja lagi sebelum untuk mengesahkan bergelar juara Liga Super musim ini.

Jelasnya, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali apabila hasrat untuk merangkul kejuaraan itu lebih awal tertangguh buat kali kedua.

“JDT boleh bergelar juara Liga Super lebih awal sebelum ini, namun gagal mengutip tiga mata ketika berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi 26 Ogos lalu apabila perlawanan ­berakhir 3-3.

“Saya tidak mahu dihampakan sekali lagi dan percaya pemain dapat memanfaatkan peluang beraksi di Laman sendiri bagi mengutip tiga mata, sekali gus bergelar juara liga buat kali ke-10 berturut-turut.

“Dengan beraksi di stadium keramat JDT, ini masa yang tepat untuk kita menoktahkan saingan liga pada musim ini sebagai juara bertahan di hadapan ribuan penyokong JDT,” katanya.

Bagi melengkapkan malam gemilang itu, pengendali kelahiran Argentina itu akan membariskan barisan terbaik untuk memastikan tiga mata berada dalam genggaman JDT.

Katanya, beliau turut mengingatkan skuad Harimau Selatan untuk mempamer komitmen tinggi dan tidak memandang rendah keupayaan lawan yang dilihat menunjukkan peningkatan di bawah jurulatih baharu, Datuk Yunus Aliff.

“Aksi memenangi PDRM ini juga penting buat skuad utama JDT dalam mempersiapkan diri mereka sebelum terbang ke Thailand bagi pertemuan Liga Juara-juara Asia (ACL) menentang BG Pathum United FC di Stadium Pathum Thani, Bangkok.

“Saya selalu berpendapat penting buat pemain mendapatkan untuk berada di tahap terbaik dan mood positif sebelum perlawanan penting menentang BG Pathum bagi memburu kemenangan pertama dalam saingan ACL,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berharap semua pemain utama JDT berada pada tahap kecergasan terbaik dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan kedua ACL bagi Kumpulan I.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI