fbpx

Segmen Biar Betul! tangkis berita palsu, fitnah di RTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya tadi. FOTO FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Jabatan Penyiaran Malaysia bakal menerbitkan segmen khas Biar Betul! bermula pada Ahad ini menerusi pelbagai platform Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, slot itu susulan laporan fitnah yang tular mengenai isu kononnya caj di klinik kesihatan bakal naik.

“Ia sebenarnya telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan sendiri semalam, tetapi ramai warganet masih percaya dengan lebih 2.8 juta tontonan melalui aplikasi TikTok.

“Laporan palsu itu mencetuskan panik dalam kalangan rakyat yang keliru konon pihak kerajaan mahu menaikkan caj tersebut daripada hanya RM1 kepada RM15,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Sebelum ini, RTM menyediakan slot Pastikan Sahih menerusi saluran Berita RTM sejak 2020 lalu dalam usaha memerangi penyebaran berita palsu yang berleluasa disebarkan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerjasama inisiatif itu juga melibatkan pihak suruhanjaya tersebut dan portal MyCheck.My diselia Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“KKD bertekad banteras penularan fitnah melalui pelbagai platform media dan menyeru rakyat sentiasa memastikan maklumat diterima adalah daripada sumber sahih,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI