fbpx

Padah berniaga tanpa lesen, ganggu lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peniaga tanpa lesen yang dikesan MPK di sekitar Gravit8, Kota Bayuemas, Klang.

KLANG – Tindakan 12 penjaja tempatan berniaga tanpa lesen sah di bahu jalan di Tasik Gravit8, Kota Bayuemas sehingga menyebabkan kesesakan membawa padah apabila dikompaun dalam masa seminggu bermula 17 September dan Ahad lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, penguatkuasaan itu dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan ketidakselesaan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Selain penjaja tiada lesen perniagaan sah, aduan itu termasuk keadaan persekitaran dicemari sampah sarap, kesesakan lalu lintas dan menganggu aktiviti riadah penduduk setempat.

“Ketika penguatkuasaan selama seminggu itu didapati 12 penjaja tempatan berniaga di lokasi itu dan tiada warga asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok mengenai rasa tidak berpuas hati netizen apabila kawasan itu dipenuhi penjaja terutama pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jelas Norfiza, pihaknya menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tidak mengambil tindakan terdapat penjaja warga asing. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI