fbpx

Nur Shazrin sumbang emas pertama Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYAZRIN berjaya menyumbang pingat emas pertama buat kontijen Malaysia menerusi acara acara ILCA 6 wanita di Ningbo Xiangshan Sailing Centre, Hangzhou sebentar tadi.

HANGZHOU – Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif memberi kegembiraan buat kontinjen Malaysia apabila meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China sebentar tadi.

Olimpian berusia 25 tahun itu, mengungguli acara ILCA 6 wanita di Ningbo Xiangshan Sailing Centre, kira-kira 170 kilometer dari Hangzhou.

Nur Shazrin yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, berjaya mengumpul 18 mata penalti untuk kekal di hadapan Victoria Jing Hua Chan dari Singapura (27 mata penalti) dan Stephanie Norton dari Hong Kong (32 mata). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI