fbpx

Mesyuarat jemaah menteri tidak bincang isu rombakan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) ketika melancarkan segmen Biar Betul! di Putrajaya tadi. FOTO FAIZ ALIF UZIR

PUTRAJAYA- Spekulasi mengenai kononnya akan berlaku rombakan Kabinet yang pertama Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat disifatkan tidak akan berlaku.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan dalam jawapan ringkas berkata, jemaah menteri tidak ada membincangkan isu itu hari ini.

“Mengenai (desas-desus) ada berlaku rombakan menteri, tiada dibincangkan mesyuarat mingguan Kabinet pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini.

Isu rombakan menjadi perbualan susulan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong kerana kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub

Portfolio berkenaan dikatakan bakal diisi oleh pemimpin kanan daripada Parti Amanah Negara sebagai memenuhi kuota parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI