KOTA KINABALU – Seramai 134 mangsa banjir membabitkan 46 keluarga di daerah Beaufort masih ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon.
Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas berkenaan adalah kekal sejak tengah malam tadi.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah (JPBD) memaklumkan kesemua mangsa banjir yang masih berada di PPS melibatkan penduduk di lima buah kampung sekitar Beaufort.
Hanya beberapa kampung di bahagian hilir Sungai Padas dilaporkan masih ditenggelami banjir setakat pagi ini.
Banjir melanda kebanyakan kampung di kawasan rendah sekitar daerah Beaufort berikutan limpahan air Sungai Padas berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan hulu di zon pedalaman sejak beberapa hari lalu.-KOSMO! ONLINE