fbpx

Mahkamah: Rompak kedai runcit, dua mekanik dipenjara 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azwan dan Mohd. Syakir Azroy (dua dan tiga dari kiri) dipenjara sembilan tahun kerana merompak kedai runcit di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara merompak sebuah kedai runcit pada dua minggu lalu, dua mekanik disabitkan hukuman penjara selama sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Mohd. Azwan Harun, 34, dan Mohamad Syakir Azroy Md. Rudi, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah sabit di sebuah kedai runcit di Kampung Chabang Tiga pada pukul 2.30 pagi, 13 September lalu.

Mohd. Azwan dan Mohamad Syakir Azroy didakwa merompak wang tunai berjumlah RM1,500 selain mencederakan juruwang kedai tersebut pada bahagian leher.

Perbuatan kedua-dua tertuduh dikesan melalui rakaman televisyen tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI