fbpx

Lesti Kejora dilantik duta petani milenial, untuk apa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA

PENYANYI dangdut sensasi Indonesia, Lesti Kejora sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dilantik sebagai ikon kempen Kementerian Pertanian Indonesia.

Menerusi laman web rasmi kementerian tersebut, isteri Rizky Billar itu dilantik sebagai Duta Petani Milenial yang bertanggungjawab memberi semangat kepada para petani.

“Saya berharap petani Indonesia sentiasa bersemangat dalam memperkuatkan lagi produksi pertanian. Mudah-mudahan kita semakin maju, berdikari dan moden. Hidup para petani,” katanya dalam laman web tersebut.

Bagaimanapun, pelantikan pelantun Insan Biasa itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempertikaikan kredibilitinya sebagai duta kementerian berkenaan.

“Diangkat jadi duta pertanian kerana apa? Adakah dia ada asas, minat atau sumbangan dalam dunia pertanian? Apa misi dia untuk para petani?” kata seorang netizen.

“Seharusnya duta pertanian itu menjadi contoh untuk anak muda minat dalam bidang pertanian. Dia hanya ada asas nyanyian bukan bertani,” komen seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI