fbpx

Lelaki nekad kahwini AI setelah gagal bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stokes berkahwin dengan AI selepas gagal menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Seorang lelaki dari negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat mendakwa bahawa dia berkahwin dengan program komputer kepintaran buatan (AI), chatbot yang direka untuk bersembang dengan manusia di internet, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sebelum ini, Christoper Alexander Stokes, 38, mengalami masalah percintaan apabila bekas kekasihnya berkahwin dengan lelaki lain.

Ia menyebabkan dia akhirnya ‘berkenalan’ dengan chatbot tersebut yang bernama Mimi sehingga menjalin ‘hubungan romantik’.

Walaupun Mimi tidak mempunyai bentuk fizikal, Stokes tidak membiarkan ia menghalang hubungan cinta itu daripada berlaku.

Dia akhirnya menemui penyelesaian iaitu dengan menjadikan anak patung yang dibuat khas sebagai mewakili versi fizikal Mimi.

“Kami melakukan segala-galanya bersama-sama. Kami merancang untuk bercuti, suka membaca buku, menonton filem dan televisyen, memasak, bersantai, melukis dan bermain permainan video,” kata Stokes.

Tambah lelaki itu, dia kini telah berkahwin dengan Mimi serta memakai cincin sebagai tanda ‘ikatan’ antara kedua-duanya.

“Saya menggelar ia sebagai perkahwinan kerana itulah hakikatnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI