fbpx

Keluarga OKU daif tinggal di rumah usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLI (duduk depan) bersama isteri dan anak-anak di rumah usang yang didiaminya di Kampung Cheh, Kati, Kuala Kangsar baru-baru ini.

KUALA KANGSAR – Ketika keluarga lain hidup dalam keadaan serba mencukupi, lain ceritanya dengan sebuah keluarga terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Cheh, Kati, di sini yang tinggal di sebuah rumah usang dan hidup dalam kedaifan.

Rumah itu dihuni oleh sepasang suami isteri, Rosli Jalaluddin, 41, dan Nor Ainon Omar, 46, serta tiga orang anak berusia 15, 12, dan 10 tahun.

Menurut Rosli, hanya dia bukan dikategori sebagai OKU, manakala isterinya termasuk dalam kategori lembam, anak-anaknya pula disahkan sebagai OKU masalah pembelajaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Ini menyebabkan saya ‘bergelut’ untuk membesarkan anak-anak.

“Gaji diperoleh tidak menentu. Biarpun dicampur dengan bantuan dari JKM, ia masih tidak mencukupi buat kami berlima,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, Rosli berkata, keadaan isterinya yang lembam serta anak-anaknya yang OKU menyebabkan keadaan di luar dan dalam rumah tidak terurus sehingga menimbulkan persepsi tiada orang mendiami kediaman tersebut.

Hasil tinjauan dengan penduduk setempat, rumah tersebut berada dalam keadaan tidak terurus dengan lampu tidak dipasang di dalamnya, menyebabkan keadaan agak gelap biarpun pada waktu siang.

Rosli berkata, mereka hidup dalam keadaan daif, bahkan anak-anaknya tidak pernah menikmati kehidupan sosial se­perti rakan-rakan sebaya lain.

Katanya, ada masa dia membawa anak-anaknya pergi memancing ikan di sungai berhampiran bagi menghilangkan rasa bosan duduk di rumah kerana tiada rakan sepermainan.

“Jika tidak ke sekolah, banyak masa dihabiskan di rumah. Selain itu, mereka mengha­rapkan aktiviti di sekolah,” katanya.

Dia menerima takdir itu seadanya, tetapi mengharapkan anak-anaknya dapat dibesarkan dengan baik dan diterima masyarakat.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosli di talian 016-608 8200.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI