fbpx

GV10? Sarah sedang menyanyi di pentas lebih besar sekarang – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib mendedahkan bahawa Allahyarham Siti Sarah sememangnya merancang untuk menyertai GV10 sekiranya hayatnya masih ada pada hari ini. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Kalau arwah Sarah masih ada, pasti dia nak masuk bertanding di GV10.”

Demikian kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 39, melihat kepada senario fenomena musim istimewa program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang menjadi perbualan ramai sejak minggu lalu. 

Shuib berkata, darah seni sememangnya mengalir deras dalam diri isterinya itu walaupun kini sudah tiada lagi dalam dunia ini. 

“Saya tahu memang dia akan nak masuk (bertanding).  Sebab dia suka menyanyi. 

“Macam masa musim dia bertanding (GV3), kita nampak betapa gembiranya dia bila mana waktu itu kita buat kejutan di radio bagitahu dia salah seorang peserta GV3. Dia memang sangat teruja waktu itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. 

Mengulas lanjut, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM berkata, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin memang gemar menyertai pertandingan nyanyian kerana itu adalah DNA dirinya. 

“Sarah seorang yang sangat perfectionist (pentingkan kesempurnaan). Dia orang yang kuat kerja. 

“Kalau pertandingan nyanyian, sudah tentu dia akan bagi 200 peratus komitmen. Dia memang akan buat yang terbaik dalam setiap persembahannya. 

“Sarah orangnya sangat berdedikasi dan komited serta bersemangat lagi-lagi dalam pertandingan. 

“Itulah dia. Nampak juga GV10 baru-baru ini. Saya tahu arwah sangat ‘looking forward’ untuk musim istimewa ini sewaktu masih hidup. 

“Mungkin dia sedang menyanyi di pentas yang lebih besar sekarang ini,” luah Shuib penuh sayu. 

Allahyarham Siti Sarah merupakan naib juara GV3 yang diterbitkan pada 2016 dan tidak mustahil bertanding atas tiket ‘hot seat’ sekiranya masih lagi ada pada hari ini. 

Dua tahun lalu, Sarah meninggal dunia di Hospital Canselor Tanku Muhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI