fbpx

Gelandangan kumpul RM2,400 seminggu dilarang mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chambers memperoleh hampir £1,700 (RM9,717) setiap bulan hasil derma orang ramai. - Lincolnshire Police / SWNS

LONDON – Seorang lelaki gelandangan di Britain dilarang daripada mengemis selepas menjana pendapatan lebih £20,000 (RM114,350) setahun hasil sumbangan penduduk tempatan. 

Akhbar Mirror UK melaporkan, James Chamber, 30, memperoleh £420 (RM2,400) setiap minggu dengan mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire.

Chambers disabitkan dengan 13 kesalahan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam yang dilakukannya sejak Februari lalu di Mahkamah Majistret Lincoln.  

Ketika perbicaraan pada 15 September lalu, hakim berkata bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan dan makanan daripada orang ramai. 

Dia kemudiannya diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang.

Selain itu, dia dilarang mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire.

Chamber dibebaskan dengan syarat selama 12 bulan dan tempoh tiga tahun CBO, namun berdepan lima tahun penjara sekiranya melanggarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI