fbpx

Bawa lari isteri berpantang, rumah ‘dikunjungi’ gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN tapak kaki gajah dan pokok yang tumbang di kawasan Kampung Som, Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang lelaki bersyukur kerana sempat menyelamatkan isterinya yang sedang berpantang dan anak-anaknya selepas rumah mereka dihampiri seekor gajah betina di Kampung Som dekat sini semalam.

Irwan Syah Zainuddin, 39, berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, dia dan isterinya yang belum tidur terdengar bunyi kuat seperti sesuatu objek dipijak berdekatan kediamannya.

“Saya berasa tidak sedap hati dan mula mengesyaki ada sesuatu kejadian di luar. Sebaik membuka tingkap saya terkejut apabila melihat seekor gajah menghampiri bahagian hadapan rumah yang ­diterangi cahaya lampu.

“Bimbang keselamatan kami terancam, saya segera membawa keluar isteri sambil mengendong bayi dan mengejutkan anak-anak lain melalui pintu belakang,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Irwan Syah, kejadian pencerobohan gajah liar kerap berlaku sejak beberapa tahun lalu dan terbaharu adalah pada Julai lalu.

Sementara itu, pekebun, Daud Talib, 71, berkata, pencerobohan haiwan itu mengakibatkan tanaman pisang, sawit, kelapa dan pokok buah-buahan yang mula mengeluarkan hasil musnah manakala sebahagiannya dimakan gajah liar tersebut.

“Apabila tiba di kebun (semalam), saya mendapati kebanyakan tanaman tumbang, manakala ada yang dimakan dan selebih­nya dimusnahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Ke­selamatan Kampung Som, Rafiz Azuan Ahmad berkata, kejadian kali kedua tahun ini berlaku apabila gajah betina dengan saiz tapak kaki berukuran 0.46 meter terlepas keluar dari kawasan pagar elektrik lalu memasuki kebun milik penduduk.

“Penduduk sangat berharap pihak berwajib memantau dan menangkap haiwan liar ini bagi mengelakkan pencerobohan kawasan kampung yang dikhuatiri oleh mengancam keselamatan manusia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI