fbpx

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Festival Tanglung Perpaduan Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 di Kuala Lumpur, malam tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam tadi.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, keberangkatan tiba baginda berdua pada pukul 8.30 malam disambut Naib Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Lim Malaysia, Tan Sri Lim Hock San, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

“Pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim), baginda berdua berkenan menyempurnakan gimik pembukaan majlis dengan acara memotong kuih bulan dan simbolik nyalaan tanglung.

“Festival Tanglung atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh adalah acara penting dari segi budaya bagi kaum Cina di Malaysia, selain sarat dengan elemen jalinan kekeluargaan dan komuniti,” menurut hantaran Facebook Istana Negara hari ini.

Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 dihadiri kira-kira 300 tetamu bagi melambangkan perpaduan, kepelbagaian serta keindahan budaya rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI