fbpx

Aduan kacau ganggu habuk bongkar kilang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang tersebut yang disita selepas beroperasi tanpa lesen.

KLANG – Aduan penduduk mengenai kacau ganggu habuk membongkar aktiviti sebuah kilang memproses dan memborong bahan logam dan tembaga tanpa lesen di Solok Sultan Hishamuddin 8, Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi, kilang tersebut didapati telah menjalankan perniagaannya tanpa sah sejak tiga bulan lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada penduduk berhampiran berhubung aktiviti kilang tersebut yang menyebabkan kacau ganggu habuk.

Katanya, ketidakselesaan penduduk itu berlaku pada setiap malam sejak sebulan lalu.

“Susulan itu, sepasukan penguatkuasaan MPK telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kilang itu menjalankan aktiviti seperti memproses, menyimpan, memborong bahan logam dan tembaga.

“Siasatan selanjutnya mendapati premis itu beroperasi tanpa mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, dua kompaun bernilai keseluruhan RM2,000 dan satu notis memberhentikan aktiviti perniagaan serta merta telah diserahkan kepada wakil syarikat.

Tegas Norfiza, tindakan dilakukan mengikut Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

“Operasi penguatkuasaan terhadap kacau ganggu akan dilakukan setiap hari dan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak melanggar undang-undang,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI