fbpx

Tiada istilah ‘pembunuh gergasi’ – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN berpengalaman, Wan Zack Haikal Wan Nor (kanan) muncul wira Perak untuk tewaskan Sabah 1-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, semalam. - MFL

IPOH – Pengendali Perak, Yusri Che Lah enggan terlalu dibayangi status ‘pembunuh gergasi’ ketika cipta sensasi layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas singkirkan Sabah 3-2 secara agregat.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Perak, semalam, jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 1-0 The Bos Gaurus sekaligus melengkapkan kemaraan selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama di Likas.

“Keputusan 1-0 yang beri banyak makna kepada pasukan untuk kami layak secara merit dan ini adalah kali pertama saya bawa Perak tanpa bolos. Terima kasih kepada pengurusan kerana beri kepercayaan kepada saya.

“Saya bersama pemain empat bulan setengah untuk realisasikan impian pengurusan dan mereka berhak meraikan kejayaan ini walaupun kita tahu lawan selepas ini adalah pasukan kuat.

“Bagi saya bola sepak adalah bagaimana kita berusaha dan akhirnya ia membuahkan hasil walaupun di babak kedua kita ditekan oleh Sabah,” katanya.

Paling menarik, keputusan ini juga adalah kali kedua Perak berjaya menamatkan perlawanan tanpa bolos di depan penyokong sendiri selepas kali terakhir melakukannya ketika kalahkan Kuching City 2-0, Mac lalu.

“Saya ada 11 pemain berpengalaman dan pemain lain masuk untuk beri tekanan kepada kesebelasan utama. Sebagai jurulatih saya hanya beri arahan, selebihnya pemain yang buat dan jelas mereka tidak gugup lawan pasukan besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI