fbpx

Tandas sekolah cantik macam hotel guna peruntukan KPM RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini tandas di sebuah sekolah di Ipoh yang menggunakan peruntukan KPM sebanyak RM70,000.

PETALING JAYA – Tandas di sebuah sekolah dipercayai di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu, meraih perhatian ramai kerana kelihatan sangat cantik seperti di hotel.

Menerusi perkongsian Tuan Fairuz Tuan Ismail di Facebook, transformasi tersebut dibuat menggunakan peruntukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebanyak RM70,000.

“Wajah tandas sebuah sekolah di Ipoh yang menggunakan peruntukan RM70,000 oleh KPM. Tahniah pihak kerajaan dan kontraktor, tulisnya.

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi gambar-gambar terkini keadaan tandas tersebut, sekali gus menerima pelbagai respons.

“Terbaik KPM,” komen Dinata Kirana.

“Alhamdulillah, jaga kebersihan tandas elok-elok ya anak-anak semua,” kata seorang lagi pengguna.

Malah ada juga yang merancang untuk menghantar anak ke sekolah swasta, membatalkan hasrat itu kerana mengutamakan kebersihan tandas.

“Bagusnya. Kalau macam ini, bolehlah pertimbangkan hantar anak ke sekolah kerajaan. Saya baru cadang hantar anak ke sekolah swasta, antara sebabnya adalah kemudahan tandas,” kata Muhammad Hazman.

Julai lalu media melaporkan, KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.

KPM dalam masa sama, memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas untuk keselesaan setiap pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI