fbpx

Skuad e-sukan negara harap ada keajaiban tewaskan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD e-Sukan negara menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir dengan keputusan 2-0 untuk melangkah ke pentas final Sukan Asia Hangzhou 2023 di Pusat e-Sukan Hangzhou semalam. – MSN

TURUN sebagai pasukan bukan pilihan langsung tidak menjadi penghalang buat skuad e-Sukan negara menjelang aksi final acara Arena of Valor (AoV) pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menentang tuan rumah, China di Pusat e-Sukan Hangzhou hari ini.

Malaysia melakar kejutan me­langkah ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas seteru rantau Asia Tenggara, Vietnam pada aksi separuh akhir yang berlangsung semalam.

Pengurus pasukan e-Sukan kebangsaan, Wong Kang Woon menyatakan hasrat agar skuad negara yang dibarisi Nicholas Ng, Yong Zhang Quan, Lai Chai Chein, Ong Jun Yang, Eng Jun How dan Chong Han Hui dapat melakukan keajaiban memenangi pingat emas.

Walaupun mengakui China memiliki peluang lebih cerah untuk muncul juara, namun beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak buahnya selain mengharapkan Malaysia menerapkan taktikal ampuh.

“Harapan saya untuk aksi final esok (hari ini) adalah agar pasukan boleh mencipta keajaiban menang pingat emas. Walaupun kita tahu peluang adalah 70-30 memihak kepada China, lebih-lebih lagi mereka bermain di tempat sendiri.

“Kami datang balik ke stadium untuk melihat sendiri perlawanan antara China dan Thailand supaya kami dapat idea mengenai pertemuan esok (hari ini). Mungkin tengok corak permainan dan pemilihan hero mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Secara teknikalnya, skuad e-Sukan negara adalah pasukan pertama yang menyumbang pingat buat kontinjen Malaysia memandangkan pingat perak sudah pun berada dalam genggaman sebaik sahaja mara ke pentas final.

Mengulas aksi pasukan negara di separuh akhir semalam, Kang Woon menyuarakan rasa puas hati kerana mereka dapat melunaskan dendam tewas kepada Vietnam pada aksi penentuan ke final di Sukan SEA Vietnam tahun lalu.

“Pasukan AoV ini pernah kalah kepada Vietnam di Sukan SEA Hanoi, jadi kali ini dapat balas dendam kekalahan tersebut. Mungkin hari ini (semalam) pemilihan hero kita menjadi dan guna strategi yang betul,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI