fbpx

Rakyat kena siapkan bekalan hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu meredah air pada 9 Disember lalu.

PETALING JAYA – Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan menjadi ‘hot spot’ banjir diminta sentiasa peka dan melakukan persediaan yang mencukupi termasuk dalam soal keperluan makanan menghadapi fasa peralihan monsun sehingga November ini.

Fasa peralihan monsun berpotensi menyebabkan bencana terutamanya di pantai barat dan pedalaman Semenanjung serta kawasan tengah Sarawak yang bakal menerima hujan lebat terutama pada waktu petang dan malam.

Ketua Bahagian Jaminan Kua­liti Berterusan (CQA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Juliana Jalaludin berkata, orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa peka dengan amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi atau aplikasi mobil myCuaca.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini dan mengenal pasti sekiranya terdapat kemungkinan berlaku banjir. Pastikan anda mempunyai makanan dan air bersih yang mencukupi sekiranya berlaku banjir.

“Dalam pada itu, sediakan juga dokumen penting dan bekalan ubat-ubatan mengikut keperluan ahli keluarga dan simpan dalam satu beg kecemasan,” katanya.

Tambah Juliana, pelbagai strategi telah dirangka kerajaan dalam menghadapi bencana yang berlaku disebabkan taburan hujan luar biasa pada waktu peralihan monsun.

Katanya, antara langkah kesiapsiagaan adalah melalui kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Ang­katan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Selain itu, jelasnya, Nadma juga mempunyai kerjasama rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi Rakan Nadma dengan Yayasan TM melalui pelaksanaan oleh REDA Humanitarian Development Global.

“Inisiatif tersebut merupakan bukti komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pengurusan bencana sebagai satu perkara penting dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara semasa penilaian semula Rancangan Malaysia ke-12.

“Melalui Program Humanitarian In Operations Training dan Rakan Nadma Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2023, sebanyak 89 daerah telah dikenal pasti sebagai kawasan mudah banjir semasa musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023, dimana 77 daerah berulang kali ada masalah banjir.

“Sehingga hari ini (semalam), sebanyak 157 buah NGO telah mendaftar di bawah platform Rakan Nadma,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI