fbpx

Perayaan Kuih Bulan di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA hiasan tanglung yang menanti kehadiran pengunjung pada sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh di Bandar Sri Sendayan bermula Sabtu ini.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad menjemput orang ramai supaya hadir menyambut Festival Pertengahan Musim Luruh, yang juga kerap dikenali dengan nama Pesta Tanglung atau Perayaan Kuih Bulan pada 30 September dan 1 Oktober ini di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan.

Bertemakan ‘Hong Kong Street’, acara dari pukul enam petang sehingga 10 malam itu akan dimulakan dengan perarakan lampu tanglung hiasan dan persembahan tarian tradisional untuk menandakan Festival Pertengahan Musim Luruh yang bermula pada hari ke-15 bulan lunar kelapan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan terdapat banyak perayaan daripada pelbagai komuniti disambut oleh rakyat yang berbeza latar belakang serta etnik.

“Festival Pertengahan Musim Luruh telah menjadi sebahagian daripada pertukaran budaya ini, dengan orang ramai daripada komuniti berbeza menyertai perayaan untuk merasai pengalaman dan mengambil peluang untuk berkumpul, menikmati kuih bulan, lampu tanglung dan cahaya bulan purnama,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pembuatan tanglung kalungan bunga, pameran kipas bunga dan kuih bulan mini bertemakan kartun, membolehkan orang ramai merakam kemeriahan festival berkenaan.

Turut disediakan ialah bengkel kraf tangan, gerai permainan dan trak makanan yang menyajikan aneka minuman serta snek. Daftar kat sini: http://matrixautumnnights.com.my/4 

– KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI