fbpx

Penduduk di daerah Petaling hidup paling lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di daerah Petaling, Selangor dijangka hidup paling lama (80.5 tahun) mengikut perangkaan statistik bagi tahun 2023 dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2021-2023 menunjukkan, jangka hayat paling lama bagi penduduk daerah Samarahan, Sarawak pula dijangka (80.2 tahun), manakala Kalabakan, Sabah dianggarkan (78.9 tahun).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, dalam masa sama, daerah Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir
terendah pada 2023 iaitu 62.8 tahun.

“Secara keseluruhan, 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional. Jangka hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki adalah di Petaling, Selangor (78.9 tahun) dan perempuan di Kalabakan, Sabah (82.8 tahun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang bayi yang lahir pada 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.8 tahun, manakala seorang bayi perempuan lahir pada 2023 dijangka boleh hidup sehingga 77.4 tahun, lebih lama berbanding bayi lelaki pada 72.5 tahun.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi tempoh 2021 hingga 2023 dicatatkan di Selangor, manakala Terengganu
mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh yang sama.

“Terdapat lima negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2021 hingga 2023 iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Labuan dan Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI