JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang pemuda menunggang motosikal sambil berbaring dan menggunakan kakinya untuk memulas pendikit minyak, lapor laman berita Jatim Times semalam.
Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram semalam, kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbaring di pelana tanpa memakai topi keledar.
Sebelah tangannya diletakkan di belakang kepala, manakala kaki menekan pendikit minyak untuk menggerakkan motosikal.
Aksi tersebut dirakam di Jalan Raya Margonda, Kota Depok, wilayah Jawa Barat.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Kalau jatuh dan terlanggar penunggang lain, itu namanya musibah,” kata seorang netizen.
“Hanya kerana mahu tular, sanggup melanggar undang-undang,” kata pengguna lain.
Dalam pada itu, Ketua Polis Trafik Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra memberitahu laman berita Detik bahawa pelaku telah dikenakan saman sebanyak 750,000 rupiah (RM227) kerana menunggang motosikal secara berbahaya.
“Dia disaman menggunakan kamera perangkap had laju e-TLE yang dipasang di Margonda,” kata Multazam. – AGENSI