fbpx

Pekerja pasar Seremban ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai yang menempatkan pekerja di Dataran Millenia, di sini, pagi tadi.- IHSAN PEMBACA

SEREMBAN – Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai yang menempatkan pekerja di Dataran Millenia, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Arifai Tarawe berkata, pusat kawalan IPD telah menerima maklumat kebakaran bangunan di sebuah rumah kedai kira-kira pukul 4.58 pagi.

Menurutnya, pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan seorang lelaki dipercayai warga asing berusia 45 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki juga dipercayai warga asing berusia 50 tahun telah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati, si mati merupakan pekerja di Pasar Besar Seremban dan pemeriksaan pada tubuh si mati tiada sebarang unsur jenayah. Bedah siasat telah dibuat dan punca kematian telah disahkan oleh Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban adalah masalah ‘smoke inhalation’,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI