fbpx

MBSA guna 445 CCTV pantau banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheremi ketika ditemui pemberita selepas persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak 445 sistem televisyen litar tertutup (CCTV) digunakan bagi memantau kenaikan aras air sungai di lokasi hot spot banjir sekitar daerah ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Cheremi Tarman berkata, pemasangan dibuat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bagi membolehkan usaha menyelamat mangsa dilakukan dengan lebih sistematik.

Katanya, antara lokasi pemasangan CCTV termasuk di Seksyen 25 atau Taman Sri Muda, Seksyen 13, TTDI Jaya dan Setia Alam.

“Kesemua CCTV itu melibatkan yang statik dan bergerak (mobile) dengan 50 daripadanya sumbangan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi program Bandar Selamat.

“Bagi CCTV di hotspot pula mempunyai dwi fungsi untuk memantau kenaikan aras air sungai dan memantau kegiatan pembuangan sampah haram seperti di Sungai Kandis,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam kali-27, hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Cheremi berkata, MBSA turut menggerakkan Skuad Pantas yang bersedia 24 jam sehari dan mempunyai sembilan bot yang boleh diatur gerak bagi operasi penyelamatan mangsa banjir.

“Kesemua pegawai dan kakitangan diarahkan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir menjelang atau sepanjang monsun Timur Laut ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI