fbpx

Mahkamah: Bekas penjual cendol terlibat Daesh kekal dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang bekas penjual cendol atas sembilan kesalahan antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan hukuman penjara 10 tahun bagi sembilan kesalahan itu berjalan serentak.

Hakim Mohamad Zabidin ketika menyampaikan keputusan itu berkata, hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bukan terlalu berat yang memerlukan panel tersebut untuk campur tangan.

Terdahulu, peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya hanya merayu terhadap hukuman.

“Saya mencadangkan perayu dikenakan hukuman tidak melebihi tujuh tahun kerana anak guam saya telah berada dalam penjara hampir enam tahun. Dia mempunyai dua anak berusia 13 dan 15 tahun,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi memohon rayuan itu ditolak dan hukuman penjara 10 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2022, dikekalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI