PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 dilaporkan berlaku Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi, hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut adalah di koordinat 4.7° utara dan 127.5° timur serta jarak 118 kilometer (km) Timur Laut dari Pulau Talaud dengan kedalaman 132 km.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE