fbpx

Forest City kekal destinasi pelancongan, tarik syarikat produksi penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Forest City di Johor Bahru kekal sebagai destinasi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

ISKANDAR PUTERI – Forest City kekal menjadi destinasi pelancongan di negeri ini termasuklah sebagai lokasi penggambaran syarikat produksi tempatan dan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Pengurus Besar Jenama, Jualan dan Pemasaran Country Garden Malaysia-Singapura, Fang Fang berkata, sektor pelancongan akan terus memainkan peranan penting dalam merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya akan menambahbaik kemudahan sedia ada bagi membina fasiliti sokongan dan menjadikan Forest City sebagai destinasi pelancongan popular dengan keunikannya.

“Forest City akan bekerjasama dengan pemain industri pelancongan dalam menyediakan pakej pelancongan hartanah di mana semasa waktu puncak sebelum berlakunya Covid-19, Forest City menerima kunjungan lebih 10 bas sehari daripada kumpulan pelancong.

“Selain itu, pusat-pusat jualan yang beroperasi di kawasan ini juga sentiasa penuh dengan pengunjung,” katanya kepada pemberita.

Antara tarikan yang terdapat di Forest City termasuklah taman tema air, Commercial Street dan Marina Beach yang sering menerima kunjungan terutama pelancong domestik pada hujung minggu.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain seperti ‘flea market’ atau ‘car boot sale’ turut diadakan dengan tambahan lokasi-lokasi menarik yang sesuai untuk dijadikan tempat bergambar merakam kenangan.

Tambahnya, padang golf bertaraf antarabangsa juga merupakan lokasi pilihan utama dengan seramai 100,000 pengunjung mengunjungi Forest City bulan lalu sahaja untuk melakukan pelbagai aktiviti yabg ditawarkan.

Antara syarikat produksi yang pernah menjadikan Forest City sebagai tempat penggambaran termasuklah Prosieben TV dari Jerman (Futuristic Cites All Over The World); KBSTV dari Korea Selatan (Battle Trip Programme); pengambaran Honda Malaysia untuk pelancaran kereta, produksi dokumentari sci-fi dari Austria (Hungry: Tipping The Scales) dan produksi filem tempatan.

Manakala kru produksi program TV realiti The Mole (Netflix) pula telah selesai menjalani penggambaran bagi salah satu episod musim kedua rancangan itu di Forest City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI