fbpx

FAMA tingkat edaran beras putih tempatan ke 1,100 MT ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fama tingkatkan kapasiti edaran BPT daripada 400 MT sebulan kepada 1,100 MT.

SEREMBAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan kapasiti edaran Beras Putih Tempatan (BPT) daripada 400 metrik tan (MT) sebulan kepada 1,100 MT bagi memenuhi keperluan rakyat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, langkah yang dibuat Fama itu merupakan pelan intervensi yang dijalankan menerusi outlet peruncitan di bawah agensi berkenaan dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membantu menstabilkan permintaan bekalan BPT di pasaran setempat.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan buat masa ini sekurang-kurangnya sebanyak 8,000 MT BPT berada di pasaran dan pihak FAMA salah satunya telah diamanahkan pada mulanya sekitar 400 MT sebulan.

“Kita perlu beri pujian kepada FAMA ‘terheret’ untuk jual beras sedangkan FAMA sepatutnya (fungsi) untuk pemasaran produk-produk pengeluaran pertanian. Namum, FAMA mampu mengerakkan outletnya untuk penjualan beras.

“Selain itu, kita bukan hanya melakukan pemantauan untuk agensi di bawah kementerian sahaja, tetapi juga akan melakukan pemantauan ke pasaraya, pemborong bagi memastikan stok mencukupi bagi jualan komersial,” katanya sempena tinjauan BPT di Pusat Operasi FAMA Senawang, di sini, hari ini.

Untuk rekod, di Negeri Sembilan sebanyak 7,000 kampit beras diedarkan dan bakal mendapat tambahan sebanyak 6,000 kampit BPT lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Fama, Abdul Rashid Bahri berkata, sebanyak 35 Pusat Operasi FAMA digerakkan untuk pengedaran jualan BPT itu dan pihaknya juga menyasarkan untuk memasarkan ke 416 cawangan usahawan FAMA.

“Untuk di cawangan baru 10 peratus kita edarkan (BPT). Kita akan gunakan cawangan agro bazar yang berada di luar bandar, cawangan-cawangan usahawan FAMA bagi pembelian ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pembeli, Mohd Hata Halim, 64, dari Taman Desa Dahlia, Senawang, ini merupakan kali kedua dia membeli BPT di Pusat Operasi FAMA memandangkan penggunaan satu kampit beras 10kilogram buat keluarganya sekitar tempoh dua minggu.

Menurut pesara tentera berkenaan, pada setiap minggu lima anak serta cucu-cucunya akan pulang menyebabkan mereka akan memasak dalam tempoh yang banyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI