fbpx

Dulu jiran tuang air kencing, kini pakaian dilempar kicap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas itu sering mengganggu keluarga Nur sejak 2021. – Mothership

SINGAPURA – Sebuah keluarga di blok pangsapuri Bukit Panjang, Singapura hidup resah sejak 2021 kerana mempunyai jiran yang sering mengganggu dan merosakkan harta benda mereka, lapor portal berita Mothership hari ini.

Menurut seorang anggota keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, jiran mereka merupakan seorang warga emas.

Wanita yang  tinggal berseorangan itu kerap melakukan perbuatan khianat dan pernah tular di media sosial kerana menuang air kencing di dalam kasut mereka.

Terbaharu, wanita tersebut dikatakan menuang kicap pada pakaian yang disidai keluarga Nur sebanyak beberapa kali antara Jun 2022 hingga Ogos 2023.

“Selepas menghubungi polis, dia menafikan melakukan perbuatan itu meskipun saudara perempuan saya melihat tangannya dikeluarkan melalui tingkap untuk menuang sos kicap,” kata Nur.

Tambahnya, pada 7 September lalu, jiran tersebut ditangkap sedang menuang air sisa cucian cermin tingkap ke dalam kasut ahli keluarganya.

“Apabila polis mengetuk pintu rumahnya, dia enggan membuka pintu. Jadi, polis hanya berlalu begitu sahaja,” ujar Nur.

Sementara itu, menurut saudara lelaki Nur pula, wanita berkenaan mula mengganggu keluarga mereka sejak 2021 apabila dia meletakkan rak kasut arwah datuknya di luar unit kediaman itu.

Wanita tersebut tidak membenarkan rak itu diletakkan di situ kerana mendakwa ia memasuki kawasan rumahnya dan sejak itu, pelbagai perbuatan khianat dilakukan wanita berkenaan.

Antaranya adalah masuk ke rumah mereka secara tiba-tiba dan memarahi ibu Nur, menuang cat pada lantai hadapan rumah mereka, membuang pasu bunga milik mereka dan membiarkan sampah busuk di hadapan rumah.

Menurut Nur, keluarganya sudah membuat laporan polis dan aduan kepada majlis perbandaran. 

Polis masih menyiasat kes tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI