fbpx

Bukit Bendera ‘perangkap pelancong’ tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bukit Bendera menjadi antara destinasi pelancongan popular di rantau ini.

GEORGE TOWN – Artikel terbitan USA Today yang menyenaraikan destinasi pelancongan popular Bukit Bendera sebagai 100 ‘perangkap pelancong’ terbesar di seluruh dunia adalah tidak benar.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, ini kerana pengumpulan data artikel berkenaan dibuat tanpa bahasa utama lain yang digunakan di rantau ini seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Arab dan lain-lain.

”Ulasan yang dibuat hanya berdasarkan 24 komen buruk mengenai Bukit Bendera. Ia juga dibuat tanpa mengambil kira jumlah ulasan baik yang diberikan oleh pengunjung memandangkan jumlah ulasan baik sebenarnya lebih banyak daripada ulasan yang buruk,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hon Wai, sejak 1923 terdapat 47 juta pelancong melawat Bukit Bendera dan jumlah itu bersamaan dengan kira-kira 1 juta pengunjung ke Bukit Bendera setiap tahun.

”Ramai daripada mereka adalah pengunjung yang melawat kembali Bukit Bendera. Ia juga menunjukkan bahawa mereka tertarik dengan pesona Bukit Bendera sebagai salah satu tarikan utama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI