fbpx

Anak pemimpin Chechnya belasah lelaki disyaki bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadyrov bersama anaknya, Adam. – Instagram

GROZNY, REPUBLIK CHECHNYA  –  Pemimpin Republik Chechnya,  Ramzan Kadyrov memuat naik video memaparkan anak lelakinya membelasah seorang askar Ukraine yang dituduh membakar kitab suci al-Quran di sebuah pusat tahanan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ramzan yang merupakan sekutu Presiden Vladimir Putin berkongsi video tersebut  dan berkata, beliau bangga dengan tindakan anaknya.

“Masih terdapat banyak pertikaian di internet mengenai tindakan Adam Kadyrov (anak) yang memukul lelaki  membakar al-Quran, Nikita Zhuravel. Dia ialah  anggota pasukan khas Ukraine. Adakah ia benar?

“Dia (Adam) membelasah Zhuravel dan melakukan perkara yang betul. Saya percaya sesiapa yang menghina mana-mana kitab suci harus diberi hukuman berat termasuk sesiapa yang membakarnya,” tulis Kadyrov di platform Telegram.

Tambahnya, Republik Chechnya mempunyai undang-undang melindungi nilai-nilai keagamaan.

Pada pertengahan Ogos lalu, Zhuravel mengadu bahawa Adam pergi ke  penjara dan membelasahnya selepas bapa remaja itu keluar dari bilik kurungan  tersebut. – AGENI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI