fbpx

Ammar Nazhan nafi timbul masalah di kediaman T20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ammar Nazhan (kiri) nafi buat onar di sebuah taman perumahan mewah.

PETALING JAYA – YouTuber, Ammar Nazhan tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa membuat onar di sebuah kawasan perumahan mewah sehingga menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di kawasan itu.

Ammar melalui beberapa hantaran di InstaStory menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menuduh mereka tanpa bukti.

Katanya dakwaan tersebut hanya semata-mata untuk menjatuhkan imej dirinya dan rakan-rakan yang turut sama dalam penghasilan video di media sosial mereka.

“Assalamualaikum, saya tak teragak-agak untuk mencari dan saman mana-mana pihak yang menuduh kami tapa bukti.

“Info yang dibawa orang luar adalah salah dan menyebar berita palsu dikeluarkan untuk menjatuhkan imej kami. Jika berani, tolong berjumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tak betul,” katanya.

Terdahulu, aduan daripada jiran YouTuber tersebut didedahkan oleh guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli di Facebooknya.

Melalui hantaran di Facebook Cikgu Fadli, individu berkenaan meminta perkara itu ditularkan berikutan beberapa usaha untuk berbincang dengan pihak Ammar Nazhan tidak diendahkan.

Difahamkan, YouTuber tersebut sering membuat bising, meletakkan kenderaan di kediaman orang lain tanpa izin, bergaul bersama bukan mahram di dalam rumah dan turut didakwa bergaduh dengan pengawal keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI