PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menikmati santapan pagi di Warung PokWei, Sungai Karang Darat, Pahang hari ini.
Istana Negara dalam satu hantaran berkata, di warung tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan bersantap nasi dagang dan roti canai.
“Seri Paduka Baginda juga berkenan membelanja sarapan pagi pengunjung-pengunjung warung tersebut.
“Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 9 pagi telah disambut meriah pemilik warung dan pengunjung-pengunjung warung tersebut,” katanya di sini hari ini.
Katanya, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung warung tersebut dan penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE