fbpx

[VIDEO] Abang askar hampir rebah lihat potret arwah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah keluarga menghadiahkan bingkai gambar memaparkan potret ibu mereka kepada seorang tentera yang tamat latihan perajurit muda mengundang sebak pengguna media sosial.

Melalui sebuah video berdurasi dua minit 28 saat yang tular di media sosial itu, difahamkan hanya bapa serta adik-beradik sahaja yang dapat hadir pada majlis tamat latihan itu berikutan ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tentera tersebut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya sebaik sahaja membuka bungkusan berisi bingkai gambar tersebut sebelum ditenangkan oleh anggota keluarganya yang lain.

“Semua adik-beradik, ipar yang saksi video ini tak sangka semua menangis. Termasuk abah, seumur hidup 32 tahun tak pernah nampak abah menangis,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sebak selain mengucapkan tahniah kerana berjaya menamatkan latihan.

“Kuat mana pun seorang lelaki, tapi kalau bab mak akan tewas juga,” kata Sulaiman.

“Segagah dan sekuat mana pun bila pasal ibu kita akan lemah kerana dialah segalanya di dunia ini. Semoga tabah dan terus berjuang untuk ibu dan keluarga serta negara” kata Eddy.

“Kalau arwah mak dia ada pasti dia bangga,moga Hidayat teruskan semangat hingga pencen,alfatihah untuk arwah emak kamu,” kata Ijat.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 1.3 juta kali di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI