fbpx

Zaini Ujang dilantik Ketua Setiausaha KKM berkuat kuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini Ujang

PUTRAJAYA- Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, lantikan itu merupakan antara beberapa pelantikan baharu yang dibuat melibatkan jawatan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah.

“Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak pula ditempatkan ke penempatan baharu sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

“Datuk Azman Mohd. Yusof yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan baharu itu turut melibatkan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha di kementerian terbabit.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai-pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI