fbpx

Warga Singapura terlibat kemalangan van guna khidmat ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa selepas van yang mereka naiki terjatuh dari cerun Bukit Genting, Balik Pulau, semalam.

BALIK PULAU – Seramai tiga pelancong warga Singapura yang terlibat dalam kemalangan membabitkan van persiaran yang terbabas ke cerun bukit di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting di sini telah dibenarkan keluar setelah mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau (HBP), malam tadi.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, empat mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala tiga lagi mangsa dipindahkan ke hospital swasta.

“Mayat seorang mangsa kemalangan iaitu seorang wanita berusia 60-an masih berada di Hospital Balik Pulau.

“Saya telah berhubung dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur berkenaan kejadian ini dan kita bersedia untuk menawarkan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan mangsa,” katanya ketika ditemui di pekarangan HBP di sini, hari ini.

Hon Wai (dua dari kiri) ketika sidang akhbar kemalangan membabitkan 10 mangsa warga Singapura di Hospital Balik Pulau, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.14 malam tadi, seorang pelancong wanita warga Singapura maut akibat mengalami kecederaan parah.

Seramai 11 mangsa terlibat dalam kejadian tersebut termasuk pemandu van warga tempatan manakala penumpang terdiri tujuh wanita dan tiga lelaki.

Menurut Hon Wai, beliau difahamkan mangsa-mangsa kemalangan itu melancong ke Pulau Pinang dengan menggunakan khidmat ejen.

“Ada ejen pelancongan yang menguruskan kumpulan pelancong ini, saya akan hubungi ejen pelancongan ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan mangsa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI