fbpx

Tak nyenyak tidur, bimbang rumah tenggelam bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah menunjukkan keadaan rumahnya yang ditenggelami banjir kilat di Kampung Masjid, Teluk Kumbar, pagi tadi.

BALIK PULAU – Setiap kali tiba musim peralihan monsun yang membawa hujan lebat, penduduk di Kampung Masjid, Teluk Kumbar di sini dikatakan tidak dapat tidur lena.

Selepas hujan turun lebih empat jam bermula pukul 6.30 pagi tadi, beberapa rumah penduduk di kawasan Kampung Masjid dilanda banjir kilat sehingga paras betis menyebabkan beberapa buah rumah penduduk masih digenangi air sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Seorang penduduk Kampung Masjid, Azizah Rejab ,62 berkata, dia sudah 30 tahun tinggal di kampung tersebut dan rumahnya sering dilanda banjir apabila hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

”Memang setiap kali hujan saya tidak dapat tidur kerana bimbang keadaan rumah yang sering dinaiki air, malah rumah saya pernah dilanda banjir sehingga paras pinggang lima tahun lalu.

”Hari ini selepas hujan turun sejak 6.30 pagi sehingga 10 pagi tadi, air naik sehingga ke paras betis dan masih belum surut sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di Kampung Masjid di sini, hari ini.

Menurutnya, dia juga telah membina sendiri tembok serta laluan air bagi menyalurkan lebihan air hujan, namun gagal mengurangkan kejadian banjir kilat di pekarangan rumahnya.

”Saya sudah lama tidak membeli perabot kerana rumah saya sering dilanda banjir, kalau saya beli pun perabot akan rosak.

”Macam hari ini, kawasan dapur rumah saya masih digenangi air banjir walaupun hujan telah reda, saya perlu pam pula air keluar di kawasan dapur,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk Kampung Masjid, Abu Hassan Arifin, 73, meluahkan kebimbangan sekiranya keadaan banjir semakin memburuk di kawasan berkenaan.

”Saya bimbang kalau hujan terlalu lebat air akan cepat naik di kawasan ini, rumah saya pernah dinaiki air hingga ke paras pinggang sebelum ini sehingga kami perlu dipindahkan ke dewan berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI