fbpx

Syarikat Jepun cipta penyembur udara halau tenaga negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis penyembur dikeluarkan selepas jualannya laris. - Sora News

TOKYO, Jepun – Sebuah syarikat di Jepun mencipta sejenis penyembur udara yang didakwa mampu membuang tenaga negatif daripada kehidupan seseorang, lapor laman berita Sora News hari ini. 

Syarikat Oisesan mencipta penyembur itu yang dinamakan ‘Okiyome Shipo Spray’ (semburan garam) dan berbau wangi.

Walaupun penyembur itu pada asalnya dicipta bertujuan menjauhkan tenaga negatif, ia kemudian digelar ‘semburan kematian’ selepas pelanggan meninggalkan ulasan menarik.

Seorang pengguna mendakwa, apabila dia menggunakan semburan itu di tempat kerja toksik, syarikat itu kemudiannya muflis.

Seorang lagi pengguna berkata, rakan sekerjanya yang menjengkelkan telah dipindahkan apabila dia menyemburnya di atas meja mereka.

Apabila berita tentang penyembur itu tersebar, lebih banyak jenis penyembur udara diperkenalkan oleh Oisesan termasuk semburan untuk mencari jodoh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI