fbpx

Ribut gagalkan cubaan seludup dadah RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (dua kiri) menunjukkan syabu yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar tersebut. Foto oleh AMIN AZMAN/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Ribut kencang dan ombak bergelora menggagalkan cubaan seorang lelaki Indonesia menyeludup keluar dadah bernilai RM1.9 juta di sebuah jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram di sini, baru-baru ini.

Kejadian pukul 2.30 pagi pada Jumaat lalu berlaku ketika suspek berusia 21 tahun dipercayai sedang menunggu sebuah bot untuk mengambil syabu dan pil ecstasy.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat nelayan yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, lelaki itu cuba bertindak agresif ketika ditahan sebelum membawa kepada penemuan tiga bungkusan plastik hitam di dalam semak kawasan tersebut.

“Pemeriksaan kemudian menemukan 56 bungkusan teh Cina berisi dadah disyaki jenis syabu seberat 58.9 kilogram (kg) selain 3,500 pil ectasy dalam sebuah beg.

“Siasatan mendapati suspek yang juga penganggur dikatakan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelancong pada 13 September lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini, hari ini.

Beliau menambah, suspek dipercayai datang dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibayar upah RM5,000 untuk melakukan kerja haram berkenaan.

Tegas Ramli, pihaknya percaya dadah itu mahu diseludup ke Indonesia, namun tidak berhasil kerana faktor cuaca dan maklumat penduduk setempat.

“Suspek direman selama enam hari sehingga Rabu ini dan saringan air kencingnya turut didapati positif syabu. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini merupakan rampasan paling besar di Kuala Selangor tahun ini dan kita sedang menyiasat penglibatan seorang lelaki tempatan yang dipercayai membekalkan dadah tersebut,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI