IPOH – Perak FC melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Perak, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Wan Zack Haikal dalam masa kecederaan mencukupi buat anak buah Yusri Che Lah menempah kemaraan ke separuh akhir dengan agregat 3-2.
Lawannya pada pusingan itu nanti ialah Johor Darul Ta’zim (JDT). – KOSMO! ONLINE