fbpx

NRECC sedia pelan urus 23 lembangan sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiong Sii (tiga kanan) menyerahkan Anugerah Khas Sumber kepada wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus di Kangar, semalam.

KANGAR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menyediakan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) di 23 lembangan sungai bagi memastikan sumber air negara diuruskan dengan baik.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, perubahan iklim dunia telah meningkatkan cabaran khususnya dalam kemampanan tadbir urus air negara.

“IRBM ialah subset kepada Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) iaitu memberi fokus pengurusan di peringkat lembangan dengan mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk aktiviti sosial dan ekonomi

“Pengurusan sumber air kini bukan sahaja bagi memastikan ketersediaan dan keterjaminannya, malah turut berperanan dalam menangani impak perubahan iklim serta pengurangan risiko bencana,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia 2023 di Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, di sini semalam.

Menurut Tiong Sii, kajian semula IRBM Sungai Perlis juga telah dimulakan tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

“Pelan-pelan IRBM ini boleh menjadi asas dan rujukan buat kerajaan negeri dalam perancangan jangka panjang selaras dengan objektifnya iaitu memastikan bekalan air adalah bersih serta mencukupi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI