fbpx

McDonald’s Malaysia kekal harga walau kos naik 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmir (duduk empat dari kiri) bersama sebahagian graduan akademi itu di UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini-Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA SELANGOR- McDonald’s Malaysia komited mengekalkan harga makanan yang ditawarkannya meskipun turut terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah makanan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, terdapat beberapa bahan makanan telah meningkat kosnya melebihi 10 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Namun, kami tetap serap kos kenaikan bahan tersebut kerana hendak memastikan rakyat Malaysia dapat nikmati makanan di McDonald’s dengan harga yang berpatutan.

“Oleh itu, tidak akan berlaku kenaikan harga makanan di mana-mana restoran McDonald’s setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen ke-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, di sini, hari ini.

Seramai 427 graduan yang telah berjaya menamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Azmir turut menegaskan, pihaknya akan terus menjual tiga makanan dalam Menu Rahmahnya melibatkan bubur, burger ayam dan burger McEgg dengan harga RM5.

Mengulas mengenai isu kekurangan bekalan beras tempatan yang berlaku ketika ini, beliau menjelaskan, McDonald’s Malaysia menggunakan beras tempatan dan juga import bagi menghasilkan menu nasi lemak dan bubur ayamnya.

“Setakat ini, bekalan beras untuk kita jual dua produk ini masih mencukupi. Harga dua produk itu juga akan dikekalkan meskipun ada kenaikan harga beras import,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI