fbpx

Mayat remaja lemas ditemui terapung di Teluk Senangin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa mayat remaja tersebut ke darat di Pantai Teluk Senangin di Lumut hari ini. - Foto IHSAN JBPM

LUMUT – Mayat remaja lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Senangin di sini semalam ditemui terapung petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa, Muhammad Fahmi Hafizi Mohd. Fadzli, 19, ditemui pukul 5.29 petang pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa hilang.

“Mangsa ditemui pada jarak 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. Mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Bot bomba digunakan dalam oeprasi tersebut dengan membuat beberapa pusingan dalam usaha untuk menaikkan mayat remaja tersebut.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM telah membuat selaman di lokasi mangsa tenggelam. Mangsa timbul 10 meter dari lokasi selaman,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kejadian seorang remaja yang ditarik ombak dan hilang di laut ketika sedang mandi di Pantai Teluk Senangin bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Menurut laporan berkenaan, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.58 pagi.

Operasi turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI