fbpx

Buruh binaan didakwa bunuh kes cempedak goreng mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Jhon Piter (tengah) didakwa membunuh seorang peniaga pisang goreng di Mahkamah Majistret Taiping di Taiping hari ini.

TAIPING – Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga pisang goreng di sebuah gerai di Assam Kumbang, dua minggu lalu.

S. Jhon Piter, 49, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R. Prabakaran, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Lelaki itu didakwa membunuh mangsa, Chor Kok Kuan, 59, di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam, di sini antara pukul 3.30 hingga 4.15 petang, 12 September lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun. Jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 November ini.

Kosmo! pada 15 September lalu melaporkan seorang peniaga yang menjual pisang dan cempedak goreng maut selepas diserang daripada belakang oleh seorang pelanggan lelaki dengan menggunakan sebatang kayu.

Difahamkan, kejadian berlaku susulan pertengkaran antara suspek dan mangsa selepas mangsa menegurnya kerana menjual cempedak goreng mahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI